Saturday 17 January 2009

Muqaddimah

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Ini merupakan ruangan pertama saya dalam melahirkan pandangan serta berkongsi segalanya. Mungkin ada yang suka dan ada yang tidak, tetapi itu semua merupakan rencah untuk saya membaiki diri saya dan mematangkan sesuatu yang mungkin sudah menjadi milik saya dan akan menjadi milik saya. Bukan pakar motivasi yang boleh beri nasihat atau lain-lain, cuma ingin berkongsi apa yang saya ada. Saya berpemikiran bahawa saya mempunyai pengalaman yang banyak yang boleh dikongi bersama. Apa yang dimaksudkan dengan 'banyak' ialah, pengalaman saya ini dikira sebagai cukup dan mungkin terlebih seiring dengan usia saya. Orang selalu kata bahawa, 'PENGALAMAN ADALAH SESUATU YANG SANGAT BERHARGA'. Ya memang berharga. Sebab, tak semua dari kita dapat pengalaman yang sama. Mungkin saya lalui tapi tidak yang lain. Mungkin yang lain lalui tapi tidak saya. Mungkin kita lalui tapi dengan cara yang berbeza. Berbeza kan?. Sama-sama lah kita manfaatkannya. Moga kita sekalian mendapat berkat hendaknya. Wallahualam.