Thursday 30 June 2011

THE DAY HAS COME!..


Harinya sudah tiba. Hari yang dinanti-nanti. Bukan untuk dirai, tapi hari yang dibimbangi. Bukan menafikan realiti, tapi menidakkan sebak di hati.

30 Jun yang berbeza dari 19 tahun sebelumnya. 30 Jun yang membawa erti besar dalam jiwa. 30 Jun yang mengajar sesuatu perkara. 30 Jun, kemuncak segalanya*.

baiklah, saya tak rasa segan atau kekok untuk menceritakannya. Melangkah gagah dengan baju batik rasmi LEKAS 2011, saya masuk ke perkarangan sekolah dengan jiwa yang kental. Dalam hati berdetik, inilah..inilah kali terakhir saya memandu masuk sebagai kakitangan yang sah di kawasan ini. Menanda buku kedatangan Guru dengan perasaan yang masih sifar. Menyahut sapaan pelajar dengan wajah yang redup, kerana mereka tahu, detik ini penamatan buat saya.

inilah sekolah tempat saya menabur jasa

Di bilik guru, saya berusaha menyiapkan kerja-kerja yang belum lagi siap (kelak guru baru yang mengganti takdelah merungut pemalasnya sang za8 roslan ni). Buku Ringkasan, Fail data SPBT 4B dan 2C, Jadual Kedatangan 4B dan 2C, sukatan pelajaran, rekod bulanan dan tahunan, buku-buku rujukan. Semua dibereskan kelak tak ada suara-suara cemuhan. :-)

Saya masuk ke kelas buat kali terakhir, sempat mengajar topik pembukaan kota mekah. Tapi budak-budak dah tak serius, biasalah, kanak-kanak. Nak main je semedang. Saya bergurau senda dengan mereka, mungkin buat kali yang terakhir. Bila memandang wajah mereka, syahdu,sayu (mungkin naluri saya yang berlebihan, saya tak rasa semua guru seperti ini..huhu).

Dan tibalah masanya detik perpisahan, saya masuk ke kelas 4 Umar untuk memberi mereka helaian kertas kumal yang saya muatkan dalam sampul surat berwarna. Sebagai Kenangan. Sebagai Pesanan. Mereka menerima dengan gembira, kerana di sana tercatat no telefon saya. huhu. Dan edaran itu juga saya sampaikan pada anak-anak didik 4 Abu Bakar dan 4 Usman. Kemudian, saya sampaikan kata-kata akhir. Kata-kata yang cliche, normal, dominan, biasa untuk situasi perpisahan.

*belajar rajin-rajin
*jadi anak yang soleh
*jadi anak yang berjasa
*usaha utk berjaya dunia dan akhirat
*jangan melawan cakap ibu bapa
*jangan melawan cakap guru-guru
*JANGAN LUPAKAN USTAZ, SELAMANYA... :'(

dan, mereka mula menangis. menangis. dan menangis. Menangis bukan meratapi, saya sendiri pun tak tahu apakah maksud tangisan itu. Kerana mereka masih kanak-kanak. Yang akan menangis bila melihat persekitaran yang sedang hiba. Tapi jauh di sudut hati saya ni mengatakan, tangisan itu membawa makna yang mendalam. Saya rangkul mereka, mungkin buat kali yang terakhir. Dalam suasana hiba itu, saya teringat pesan seorang Ustazah, 'sebenarnya ketika kita sedang sedih sangat itulah waktu yang baik untuk kita berdoa, tapi kita selalu tak perasan. Selalu terlupa'.

Insan-insan inilah yang sentiasa mengaminkan doa saya tika saya mengharapkannya.
Insan-insan inilah yang sentiasa mendoakan saya mencapai hajat saya.
Insan-insan inilah yang sentiasa menyambut saya dengan wajah nan ceria.
Insan-insan inilah yang sentiasa menghulurkan tangan memberi pertolongan kepada saya.
Insan-insan inilah yang sentiasa melambai-lambai pada saya usai sesi bersama.
Insan-insan inilah yang sentiasa mendampingi saya ketika di kelas mahupun di mana-mana.
Insan-insan inilah yang sentiasa menanyakan kepada saya, bilakah saya akan berumahtangga.

Dan insan-insan inilah, yang saya lihat mereka, punya potensi luar biasa. Yang perlu digali dan dibina. Yang mampu mencorak masa depan negara. Dengan idea-idea tajam dan kreatif mereka. Mereka adalah warga SRA Tanjung Bidara. Yang sentiasa menjadi kebanggaan saya. Kerana mereka begitu berharga. Buat saya.

anak-anak muridku Tahun 4 2011, diri ini menyayangi kalian. Menyayangi kalian sepenuh jiwa dan raga. Menganggap kalian sama seperti adik sendiri. Yang mendambakan kejayaan dari kalian. Yang mengaharapkan ingatan kalian, terhadap diri ini. Insan yang bersama kalian, sejak dari 5 januari (rabu minggu pertama) hingga hari ini, 30 Jun (khamis minggu ke24). Saya sayang kalian.

Wednesday 29 June 2011

NOSTALGIA

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

doa saya sentiasa mengiringi kalian, kasih sayang dan perhatian saya sentiasa bersama kalian. Moga kalian sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan barakah dari Tuhan empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Moga diri ini mendapat tempat walau sekecil manapun di hati kalian. Saya sayangkan kalian, dan itu jualah pengharapan dari saya, Zaid Roslan.

Dedikasi buat mereka yang mewarnai kanvas hidup saya dengan warna-warna yang tidak dijual di pasaran.

Thursday 23 June 2011

AL-KHINDI

Apa yg ada pada tajuk saya kali ini?. Sebenarnya post kali ni saya berminat dan tertarik untuk meraikan kejayaan Rumah Al-Khindi (Kuning) SMKA Sultan Muhammad yang menjadi Johan Keseluruhan Temasya Sukan Tahunan 2011. Masuk tahun ni dah kali kelima dalam tempoh 8 tahun (2004,2005,2008,2009,2011) dan tiga tahun yang lain itu (2006,2007,2010) sebagai Naib Johan di belakang Rumah Ibnu Rusyd (hijau).

Tahniah buat warga Al Khindi yang berjaya menebus kekecewaan (wahh) tahun lalu di bawah pimpinan kapten Cikgu Saripah Ainon, Cikgu Marina, Cikgu Noor Hayati, Cikgu Radiah, Ustazah Noraini, Cikgu Amir, Cikgu Salwani dan ramai lagi guru-guru rumah kuning SERTA jentera kerja yang komited dan tak pernah kenal penat dan lelah.

Teringat ketika saya mula-mula terlibat kerja belakang tabir rumah sukan ini sejak 2005 (johan perbarisan/johan keseluruhan), dengan senior ketika itu yang saya masih ingat iaitu abg Ibrahim, abg Jasmin dan bermacam-macam abang lg. Tahun 2006 (naib johan perbarisan/johan keseluruhan) pula saya bersama senior saya Abg Haris yang saya kira sifu dalam hal-hal ini, Abg Taufiq, Hafiz, Khai, dan tenaga kerja baru, Syafiq Mad Zin. 2007 (ketiga perbarisan/naib johan keseluruhan) bersama-sama Hafiz, Khai, Syafiq, dan tenaga kerja baru, Midi.

Tahun 2008 juga bersama rakan-rakan ketika 2007 dan berjaya menjadi Johan kembali. Manakala 2010 pula merupakan kenangan terindah bersama-sama Midi, Mirul, Putra, Mu'adz, Izzul, Syahid, dan adik-adik tingkatan 1 ketika itu iaitu Faizal :-) , Akmal, Firdaus, Idlan, Amirul Ariff dan sorang lagi alahai terlupa nama tp masih di ingatan.

Banyak kerja-kerja yang luar jangkauan yang kami lakukan pada tahun 2010. Memorable .
Apa yang pasti, pengalaman mengurus rumah sukan bersama-sama guru merupakan sesuatu yang mematangkan saya dan rakan-rakan lain, serta mendidik kami semangat setiakawan, semangat ingin menang, daya juang yang tinggi, kekitaan dan banyak lagi.

Dan saya sering menceritakan dengan bangga bahawa, TEMASYA SUKAN SMKA SULTAN MUHAMMAD BUKAN TEMASYA BIASA! ia sangat luar biasa dan itulah uniknya warga sultan sejak dari dulu lagi! :-)



Monday 20 June 2011

MENGHITUNG HARI

huhhh, tinggal 10 hari saje lagi kontrak dgn MAIM sbgi guru sambilan tamat. Dan dalam tempoh 10 hari ni lah, saya sibuk terbayang-bayang wajah anak2 murid yang bakal ditinggalkan kelak. Rencam rasa dalam jiwa ni, ade sedih, ade gembira, ade sayu dan macam2 lagi la. Tapi itulah kenyataan yang perlu ditelan, bukan saya tak boleh sambung, boleh je kalau nak, tapi macam2 urusan yang perlu di settle kan menjelang julai ni. Dan, posisi saya tu adalah lebih baik digantikan dengan orang yang lebih layak, lebih bertanggungjawab, dan lebih berilmu dari saya demi kebaikan anak2 murid yang pernah belajar dengan saya satu ketika dulu.

SRA JAIM TANJUNG BIDARA,
nama yang begitu besar dalam diri saya. Yang mengajar saya erti kesabaran, yang menyedarkan saya penat lelah guru-guru saya dalam mendidik seorang yang degil seperti saya ni, yang mengajar saya indahnya dunia kanak-kanak, yang mengajar saya erti kasih dan sayang antara generasi dan yang mengajar saya sesuatu yang saya minati.



Tiada lain yang akan saya kenang selain dari jeritan salam yang diketuai oleh 'Jeneral Ketua Kelas' setiap kali saya melangkah masuk dan keluar kelas.

Tiada lain yang akan saya kenang selain dari pohonan kebenaran untuk ke tandas sambil mengepit kaki dan memegang organ sambil memaparkan wajah 'saya tak tahan'.

Tiada lain yang akan saya kenang selain dari anak2 murid yang akan meninjau ketika saya sedang makan.

Tiada lain yang akan saya kenang selain dari pertanyaan 'ustaz bile nak rehat?' dan 'ustaz bile nak balik?' sehingga 1000 kali sekalipun.

Tiada lain yang akan saya kenang selain dari ucapan 'babai ustaz' setiap kali waktu pulang.

Tiada lain yang akan saya kenang selain dari 'daily pot luck' dari ustazah2 dan ustaz2 di bilik guru dan saya adalah insan yg sering makan free.

Tiada lain yang akan saya kenang selain dari membawa buku ringkasan mengajar, jadual kedatangan, sukatan pelajaran dan rotan di tangan setiap kali melangkah ke kelas.

banyak kenangan yang tak kan dapat saya lupakan dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Hanya doa yang dapat saya panjatkan buat 'mereka' andai saya sudah tak berkhidmat sebagai 'kaki dan tangan' SRA JAIM TG BIDARA kelak. mereka semua membawa variasi warna yang mewarnai kanvas hidup saya selama tempoh 6 bulan yang mencatat perlbagai sejarah penting dalam hidup saya. Terima Kasih untuk segalanya.

Sunday 19 June 2011

KETUA YANG BAIK ADALAH KETUA YANG MAMPU MENGAWAL KEADAAN!

Tertarik dengan verse yang diungkapkan oleh penceramah kursus yang saya hadiri siang tadi. Beliau mengatakan, imam yang baik ialah imam yang pandai mengawal keadaan Jemaah atau dalam kata lainnya memastikan semua Jemaah bersama-sama dalam solat atau gerakan yang dipimpin.

Ada benar (sudah pasti benar) apa yang dikatakan kan?, ustaz tu mengatakan bahawa ketika di Mekah kelak, kalau imam yang mengetuai solat itu dari kalangan imam-imam mazhab syafie, dapatlah kita nak baca doa qunut or baca surah sajdah dan al insan ketika hari jumaat. Tapi selalunya jarang-jarang, imam-imam di sana cenderung untuk MEMBACA SURAH-SURAH PENDEK agar, Jemaah tidak resah dan boleh fokus pada solat serta tidak mengelirukan yang akhirnya membuatkan ramai Jemaah mufarakah sedangkan itu adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Tapi senario kita berbeza, lagi panjang bacaan seseorang imam itu lagi hebat pandangan masyarakat pada mereka!. Mana satu yang elok atau baik terserah pada kita untuk menilainya, yang penting solat tak tinggal!.

*mood sekarang ialah membuat persediaan fizikal dan spiritual untuk menjalani ibadah umrah kelak insyaALLAH!.