Monday 20 June 2011

MENGHITUNG HARI

huhhh, tinggal 10 hari saje lagi kontrak dgn MAIM sbgi guru sambilan tamat. Dan dalam tempoh 10 hari ni lah, saya sibuk terbayang-bayang wajah anak2 murid yang bakal ditinggalkan kelak. Rencam rasa dalam jiwa ni, ade sedih, ade gembira, ade sayu dan macam2 lagi la. Tapi itulah kenyataan yang perlu ditelan, bukan saya tak boleh sambung, boleh je kalau nak, tapi macam2 urusan yang perlu di settle kan menjelang julai ni. Dan, posisi saya tu adalah lebih baik digantikan dengan orang yang lebih layak, lebih bertanggungjawab, dan lebih berilmu dari saya demi kebaikan anak2 murid yang pernah belajar dengan saya satu ketika dulu.

SRA JAIM TANJUNG BIDARA,
nama yang begitu besar dalam diri saya. Yang mengajar saya erti kesabaran, yang menyedarkan saya penat lelah guru-guru saya dalam mendidik seorang yang degil seperti saya ni, yang mengajar saya indahnya dunia kanak-kanak, yang mengajar saya erti kasih dan sayang antara generasi dan yang mengajar saya sesuatu yang saya minati.



Tiada lain yang akan saya kenang selain dari jeritan salam yang diketuai oleh 'Jeneral Ketua Kelas' setiap kali saya melangkah masuk dan keluar kelas.

Tiada lain yang akan saya kenang selain dari pohonan kebenaran untuk ke tandas sambil mengepit kaki dan memegang organ sambil memaparkan wajah 'saya tak tahan'.

Tiada lain yang akan saya kenang selain dari anak2 murid yang akan meninjau ketika saya sedang makan.

Tiada lain yang akan saya kenang selain dari pertanyaan 'ustaz bile nak rehat?' dan 'ustaz bile nak balik?' sehingga 1000 kali sekalipun.

Tiada lain yang akan saya kenang selain dari ucapan 'babai ustaz' setiap kali waktu pulang.

Tiada lain yang akan saya kenang selain dari 'daily pot luck' dari ustazah2 dan ustaz2 di bilik guru dan saya adalah insan yg sering makan free.

Tiada lain yang akan saya kenang selain dari membawa buku ringkasan mengajar, jadual kedatangan, sukatan pelajaran dan rotan di tangan setiap kali melangkah ke kelas.

banyak kenangan yang tak kan dapat saya lupakan dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Hanya doa yang dapat saya panjatkan buat 'mereka' andai saya sudah tak berkhidmat sebagai 'kaki dan tangan' SRA JAIM TG BIDARA kelak. mereka semua membawa variasi warna yang mewarnai kanvas hidup saya selama tempoh 6 bulan yang mencatat perlbagai sejarah penting dalam hidup saya. Terima Kasih untuk segalanya.