Monday 8 August 2011

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, diberi pinjam nyawa sehingga ke hari ini bagi merasai nikmat dan menghayati keagungan tuhan. Semoga menambah keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH SWT. InsyaALLAH.

Syukur kehadrat illahi atas segala nikmat yang telah dikurniakan olehNya kepada saya sepanjang kehidupan saya amnya, dan sepanjang tahun 2011 khususnya. Bermula dari bulan Januari sehingga lah ke hari ini saya merasakan urusan saya berjalan dengan lancar dan alhamdulillah segala yang saya rencanakan diberi kemudahan olehNya. Alhamdulillahirabbil alamin.

Berbalik pada tajuk hari ini, tanggal 15 Julai yang lalu, keputusan kemasukan ke Program Ijazah Sarjanamuda bagi Lepasan STPM 2010 telah pun dikeluarkan secara rasmi. Alhamdulillah saya berjaya menempatkan diri di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA bagi program IJAZAH SARJANAMUDA PENGAJIAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN (Syariah) yang juga merupakan pilihan pertama saya. Dan pastinya orang yang paling gembira atas berita ini ialah Ayah dan ibu saya serta seisi keluarga.

Dalam surat yang saya terima, saya perlu mendaftar pada 7 September 2011 (hari raya ke9) dan akan menginap di Kolej Rahim Kajai (600M dari fakulti) yang bukan lagi taraf walking distance. Selain saya, ada 10 orang sahabat dari Sultan akan sama mendaftar di UKM dalam pelbagai jurusan. Majoritinya di bawah FPI. Dan yang pasti, 2 sahabat seperjuangan saya ketika di sekolah iaitu Shazwan (ISM Sejarah) dan Fildza (ISM Syariah) turut ditempatkan di UKM juga. Sahabat saya Shaiffullah pula di UM jurusan ISM Pendidikan Islam (produk ustaz) insyaALLAH bersama 4 rakan yang lain. Kursus saya adalah selama 3 tahun dan dijangka tamat pada tahun 2014 insyaALLAH.

Dalam masa yang sama, saya tetap menanti dengan penuh harapan agar cita-cita saya dikabulkan. Dan akan terus berdoa, agar segala urusan mencapai impian saya itu dipermudahkan. Amin ya rabbal alamin.


ps : tunggu entri travelog 14h 13m saya akan datang!!